Thursday, July 7, 2011

Perlu di Aktifkan Kembali

Blog ini perlu diaktifkan kembali ...
Hari ni hari mereset password.
Dan selepas ini blog ini akan menjadi medan bertukar-tukar maklumat untuk kita penduduk pinggiran As-Sobah....

Thursday, October 15, 2009

Sorotan sepanjang bulan Syawal

Anak lelaki Dr Kadir and Rohaya kembali menyambung pelajaran ke Mesir. Akram terlibat didlm kemalangan dan alhamdulillah dan telah pun kembali pulih.

Majlis-majlis yang telah berlangsung dan bakal berlangsung.
1. Majlis Perkahwinan anak Kak Lang - 10hb Oktober 2009
2. Aqiqah cucu sulong cikgu suhaila/RIzal - 11hb Oktober 2009 tengahari
3. Majlis Aidilfitri BKKPA - 11hb Oktober 2009 selepas Isyak
4. Majlis perkahwinan anak sulong kak Nora / Abang Marzuki. - 17hb Oktober 2009 ..
5. Pendaftaran kelas bahasa Arab usahama JAIS/KUIS dan surau As-sobah - 17hb Oktober 2009.

.....

Monday, October 12, 2009

Pinggiran - Assobah

Sejarah nya...

Wujudnya berkisar 15 tahun sudah apabila perumahan 3/5 J dibuka untuk kediaman setelah 10 tahun tersadai.. Antara penghuni awal adalah, Kamaruzaman Marwan dan Norian, Abg Khalid dan Kak Jah, Kak Som..

Anak kedua saya Amila lahir pada 1hb Februari 1994 dimana sehari sebelumnya saya berpindah ke 3/5J. Amila merupakan penanda aras untuk menghitung berapa lama kami telah menduduki kawasan Pinggiran Assobah.

Penghuni pinggiran as-sobah pada awalnya menghadapi pelbagai kesulitan dek kepayahan bekalan air dan pengangkutan sampah tapi semangat saling membantu telah mengwujudkan setiakawan yang kukuh sesama kami.

Jika diimbau kembali kenangan lama ianya seolah satu jenaka yang terus mekar dalam ingatan.